Miliki Penggunaan Bahasa Yang Baik, DBP Lantik Tiga Pempengaruh Sebagai Ikon

LocalOpinion
13 Nov 2024 • 11:57 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melantik tiga ikon bahasa dalam kalangan pempengaruh media sosial, bagi membantu agensi itu memberikan asas penggunaan bahasa yang baik kepada masyarakat Malaysia.

Menurut laporan Bernama, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dr Hazami Jahari berkata, pempengaruh itu antaranya doktor dan aktivis, Dr Malar Santhi Santherasegapan.

image is not available

Foto: Berita Harian

“Pelantikan ikon ini menunjukkan DBP mahu selari dengan perkembangan semasa, kerana bahasa tidak boleh disebar dengan cara yang lama.

“Kita kena bergerak dengan cara yang baharu tetapi kita harus membimbing, melatih mereka (orang awam) dan insya-Allah, kalau ada keperluan kita juga akan mengadakan sesi pertemuan khusus dengan rakan-rakan media..

“…untuk memberi asas-asas penggunaan bahasa yang baik dan betul kerana media sangat berpengaruh dalam menentukan arah tuju sesuatu perkembangan bahasa,” katanya.

image is not available

Foto: Sinar Harian

Menurut Dr Hazami lagi, ekoran perkembangan media sosial yang kini menjadi pilihan untuk orang ramai berkomunikasi, DBP komited memanfaatkan saluran itu secara lebih aktif bagi menampilkan contoh penggunaan bahasa yang baik serta kandungan berkualiti.

image is not available

Foto: Facebook Celoteh Dr Malar

Selain Dr Malar Santhi, dua lagi identiti ikon yang bakal dilantik masih belum diketahui.

Sumber: Bernama