Miliki suara bagus, Ajai harap Hafiz Suip tak tinggalkan dunia seni

30 Jul 2024 • 3:42 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Ajai harap Hafiz Suip

Komposer dan penyanyi, Ajai harap Hafiz Suip tak tinggalkan dunia seni dan terus kuat dalam menghadapi dugaan kehidupan yang sedang dialaminya pada ketika ini.

Ajai atau nama sebenarnya Mohamad Faizal Maas yang sudah menganggap Hafiz sebagai adiknya turut mengetahui momen sukar yang dilalui oleh penyanyi itu.

Ajai harap Hafiz Suip

image is not available

“Hafiz ni macam adik saya sendiri… Saya faham sekarang dia ada masalah tapi pada saya semua orang akan ada masalah.

“Saya cakap dia kena kuat, tak boleh tinggalkan kerjaya sebab ini mata pencarian dan dia faham cakap saya,” katanya.

Pelantun lagu Bisikan Asmara itu sempat menitipkan nasihat buat Hafiz untuk terus berdoa meminta petunjuk Tuhan agar urusannya sentiasa dipermudahkan kelak.

Ajai harap Hafiz Suip

image is not available

“Jangan sayang orang melebihi Allah… minta dengan Allah supaya diberikan petunjuk, buat solat tahajud, dekatkan diri dengan Allah, mungkin masa begini Allah rindu kamu.

“Jatuh bangun tu normal, biarlah orang nak kata apa tapi penghabisan rezeki kita ni di tangan Allah, Dia tentukan segalanya.

“Pegang pada Allah sahaja, selamatlah hidup kamu,” ujarnya.

image is not available

Sekadar info, Hafiz bakal membuat persembahan di Konsert By Ajai & Mega Friends yang dijadualkan berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 3 Ogos depan.

Difahamkan juga, konsert berkenaan turut menampilkan penyanyi hebal lain seperti Dayang Nurfaizah, Hazama, Aina Abdul dan Aufahanie.

Sumber: YouTube @Sinar