Miliki tenggiling hidup: Dua didenda RM200,000, penjara

LocalEnvironment
14 Jan 2025 • 1:05 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Dua lelaki masing-masing didenda RM200, 000 dan 12 bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini, pada Isnin kerana memiliki empat ekor tenggiling hidup dari spesis Pangolin (Manis Javanica) yang disimpan di bonet kereta Proton Persona, awal tahun ini.

Kedua-duanya turut diperintahkan untuk dipenjara 12 bulan sekiranya gagal membayar denda terbabit.

AdvertisementAzlan, 34, warga tempatan dan Artan Asrianto, 24, warga asing, masing-masing mengaku bersalah di hadapan Hakim Ahmad Faizadh Yahaya selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Kedua-duanya didakwa melakukan kesalahan itu di tempat letak kereta di hadapan sebuah premis di kawasan Pasaraya Servay Batu 2, Jalan Bubul Semporna, jam 11.40 pagi pada 4 Januari 2025.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Haiwan tersebut merupakan spesis dilindungi sepenuhnya yang disenaraikan dalam Bahagian 1, Jadual 1, Nombor 13 Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997.

Berdasarkan fakta kes, Azlan dan Artan ditahan selepas sepasukan Warden Kehormat Hidupan Liar dan Jabatan Hidupan Liar Sabah diketuai Lerry Karno Zainal @ Mokinsil membuat serbuan ke atas kenderaan Proton Persona tersebut, yang bertindak atas maklumat awam.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Hasil pemeriksaan ke atas kereta itu, pasukan serbuan menemui empat ekor tenggiling hidup yang disimpan di bonet belakang kenderaan tersebut.

Azlan dan Artan didakwa di bawah Seksyen 41 (1) Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 41 (4)(a) Enakmen sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM50,000 dan tidak lebih RM250, 000 dan penjara sehingga lima tahun, jika sabit kesalahan.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Pegawai Pendakwa Jabatan Hidupan Liar (JHL), Primus Lambut tampil mengendalikan pendakwaan, manakala, tertuduh tidak diwakili peguam.

View Original Article