Milner sah tinggalkan Liverpool

Football
18 May 2023 • 9:00 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
James Milner

KELAB gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool mengesahkan James Milner akan meninggalkan pasukan itu apabila kontraknya tamat pada penghujung musim ini.

Selain Milner, Roberto Firmino, Naby Keita dan Alex Oxlade-Chamberlain juga disahkan tidak akan disambung kontrak di kelab tersebut.

"Kami boleh mengesahkan Roberto Firmino, Naby Keita, James Milner dan Alex Oxlade-Chamberlain akan meninggalkan kelab selepas tamat kontrak musim panas ini.

"Pengiktirafan khas akan diberikan kepada mereka di Anfield dan penghormatan selanjutnya akan menyusul pada penghujung musim," kata kelab itu dalam satu kenyataan.

Milner, 37, telah dikaitkan dengan perpindahan ke Brighton atau Leeds United selepas lapan tahun berkhidmat di Anfield.

Dia membuat penampilan di EPL untuk Leeds ketika berusia 16 tahun pada 2002 dan pernah berkhidmat di Newcastle, Aston Villa dan Manchester City sebelum menyertai Liverpool pada 2015.

Pemain tengah itu melakukan 617 penampilan di EPL dan berada di belakang Gareth Barry (652) dan Ryan Giggs (632) dalam senarai penampilan terbanyak liga itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved