Mimi Lana sokong 100% gerakan #Blockout, tapi bukan sampai berpecah-belah

18 May 2024 • 3:24 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon cantik, Mimi Lana sokong 100% gerakan #Blockout melibatkan selebriti ataupun pempengaruh yang masih lagi mempromosikan jenama boikot termasuklah tidak berkongsi sebarang hantaran melibatkan Palestin di media sosial.

Gerakan mampu beri tekanan kepada jenama terlibat

Memetik laporan dari Kosmo! Mimi atau nama sebenarnya, Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 29 menyatakan yang cara tersebut sedikit sebanyak dapat memberi tekanan kepada jenama antarabangsa yang mempunyai kaitan dengan penjajah.

“Benda ini sudah lama berlaku. Saya rasa semua orang pun sedar dengan benda ini dan semua orang pun berpihak kepada Palestin.

“Saya sokong 100 peratus kalau gerakan ini dapat membantu dan dapat memberi tekanan pada jenama yang secara terang-terangan memberi sumbangan kepada Israel,” katanya.

image is not available

Mimi Lana sokong tapi minta jangan sampai bermusuh

Walau bagaimanapun, Mimi yang ditemui dalam tayangan perdana filem The Experts berharap supaya gerakan Blockout tersebut tidak memecah-belahkan kita dan menjadi punca permusuhan dalam masyarakat.

Sebaliknya, ia menjadi salah satu usaha untuk memastikan misi menghentikan serangan yang dibuat penjajah kepada Palestin dapat dilaksanakan.

“Saya rasa kita jangan bawa isu ini sampai berpecah-belah. Kita kena tahu misi kita kenapa kita buat benda ini.

“Kita kena bersatu dan membantu mereka sebab kita tahu perkara ini sudah sampai di hujung (Rafah iaitu kubu terakhir penduduk Gaza) dan mereka memerlukan suara kita,” katanya.

image is not available

Mimi Lana sokong gerakan yang bermula dari AS ini

Sekadar info, gerakan Blockout ini bermula di Amerika Syarikat dan menyasarkan golongan selebriti serta pempengaruh yang tidak berkongsi tentang Palestin di media sosial ataupun yang mempromosikan produk dari jenama yang mempunyai hubungkait dengan penjajah.

Gerakan tersebut telah menular ke Malaysia dan beberapa nama selebriti telah tersenarai dalam Bockout seperti pasangan suami isteri, Awal Ashaari, Scha Al-Yahya, Nadhir Nasar, Nabila Razali, Mira Filzah, Neelofa, Siti Saleha dan ramai lagi.

Sumber: Kosmo! (Fadila Awaludin)