Minat Sungguh Dengan Ikan Mentah, Adik Ni Siap Bawa Tidur Macam Bantal Peluk

Family & Parenting
17 Aug 2022 • 2:41 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Minat Sungguh Dengan Ikan Mentah, Adik Ni Siap Bawa Tidur Macam Bantal Peluk

Tidak dinafikan, kanak-kanak atau bayi yang sedang membesar sememangnya mempunyai banyak kerenah yang sesekali sukar untuk dikawal oleh para ibu bapa. Lebih-lebih jika ibu bapa atau penjaga perlu kawal masalah ‘tantrum’ yang berlaku semasa di luar rumah.

Pada umumnya, setiap kanak-kanak mempunyai sifat dan minat mereka yang tersendiri. Kadangkala, minat mereka adalah perkara yang berada diluar akal fikiran kita sebagai orang dewasa atau ibu bapa.

Seperti satu video oleh seorang individu di aplikasi TikTok, Farisha Iris kongsikan moment yang melucukan apabila anak saudaranya yang sedang tidur sambil peluk seekor ikan mentah. Difahamkan, kanak-kanak tersebut sangat sukakan ikan.

Dalam pada itu, menerusi satu lagi video yang dimuat naik, kelihatan anak saudaranya yang sedang menangis dipercayai tidak mahu mandi. Menarik dan uniknya, kanak-kanak itu enggan dipujuk dengan permainan lain selain ikan mentah.

Sebaik sahaja Farisha menghulurkan seekor ikan, kanak-kanak ini terus diam dan bermain dengan ikan tersebut. Saksikan telatah comelnya menerusi video yang telah kami kongsikan di bawah.

@farisha_iris

Bertuahnya anak ku image is not available Dia suka fish, dia peluk fish sampai tertidur. So kena la tunggu dia tidur, pastu simpan balik fish tu image is not available#fyp #fypシ

♬ original sound – Farisha Iris – Farisha Iris

Apa kata netizen.

Meneroka ruangan komen, rata-rata netizen mengatakan ia adalah satu perkara yang comel dan melucukan. Jom lihat apa kata netizen mengenai video ini.

“Patut lah ibu masak ikan hilang satu…”

image is not available
Gambar via Farisha Iris

“Tidur berbau ikan ya baby…”

image is not available

“Lain dari yang lain mainan dia…”

image is not available

View Original Article