“Minat Tak Dekat Janda?” – Tanya Soalan Tiada Kena Mengena Berkali-Kali, Hos Program Ceramah Dikecam

17 Oct 2022 • 6:24 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seseorang yang dilantik menjadi hos atau moderator haruslah bijak dalam menyusun ayat sebelum berkata-kata. Tiada masalah jika mahu bergurau untuk membangkitkan suasana atau menyegarkan penonton tetapi ada batasnya.

Tidak seperti seorang lelaki ini yang telah dikecam oleh netizen selepas video ketika dia menjadi hos di sebuah program ilmu tular di Twitter.

Berdasarkan rakaman tersebut, seorang penonton yang hadir sedang berdiri di sebelah hos dan ingin bertanyakan soalan berkaitan ibu susuan Nabi.

Namun, sebelum sempat barisan penceramah menjawab soalan lelaki berkopiah hitam tersebut, hos yang berbaju Melayu itu terus bertanya soalan yang tidak berkaitan kepadanya.

Minat ko dok dekat janda? Ore tanya sungguh ni.”

Tindakannya yang membuat gurauan tersebut menerima kecaman warganet meskipun niatnya mungkin hanya mahu membuat penonton yang hadir tertawa.

Bukan itu sahaja, ada yang turut berkata riak wajah penceramah jelas kelihatan terus berubah selepas hos tersebut secara tiba-tiba bertanya soalan sebegitu.

image is not available

Tidak salah untuk selitkan sedikit gurauan ketika majlis formal sebegini tetapi biarlah ia kena dengan situasi dan keadaan. Apatah lagi pada zaman kini, lawak sebegitu dianggap sudah tidak relevan ini pula dibuat di sebuah majlis ilmu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 5 bulan lalu

"Gangguan Seksual Ni" - Wartawan Teruk Dikecam, Selak Baju Noki Depan Kamera Waktu 'Interview'

View Original Article