MINDEF kukuhkan integriti, SPRM tawarkan beri khidmat nasihat perolehan lebih telus

LocalPolitics
21 Jan 2026 • 7:26 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kementerian Pertahanan (MINDEF) menegaskan komitmen kukuhkan integriti dan tadbir urus susulan kunjungan hormat Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam Baki di Wisma Pertahanan baru-baru ini.

MINDEF kukuhkan integriti melalui kerjasama erat dengan SPRM

Menurut Menterinya, Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, pertemuan itu menekankan kerjasama erat antara MINDEF dan SPRM dalam menutup ruang amalan tidak berintegriti.

image is not available

Saling bertukar pandangan demi kukuhkan integriti

Beliau juga memaklumkan kedua-dua pihak sempat bertukar pandangan mengenai penambahbaikan tatacara perolehan bagi memastikan pelaksanaan lebih berkesan dan bebas daripada sebarang risiko rasuah serta salah guna kuasa.

“Selari dengan prinsip ketelusan, akauntabiliti dan integriti, Kementerian Pertahanan menegaskan komitmen untuk memberikan kerjasama penuh kepada SPRM dalam semua siasatan berkaitan kes rasuah yang sedang dijalankan,” ujarnya.

image is not available

Selain itu, SPRM turut menawarkan khidmat nasihat bagi membantu memperkukuh dan memperbaiki tadbir urus perolehan Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“SPRM telah menzahirkan persetujuan untuk menawarkan khidmat nasihat bagi membantu memperkukuh dan memperbaiki tadbir urus perolehan Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM),” ujarnya.

image is not available

Artikel lain: MINDEF buat laporan polis, maklumat sulit pegawai kanan ATM bocor

Jelas Khaled, persefahaman yang berjaya dicapai melalui pertemuan beliau bersama pihak SPRM cukup penting dalam memenuhi tekad Kementerian Pertahanan membanteras rasuah dan kecurangan kuasa, seterusnya mengembalikan kepercayaan rakyat dan negara kepada ATM.