MINDEF meterai perjanjian RM11 bilion di LIMA’25, perkukuh pertahanan negara

LocalPolitics
24 May 2025 • 12:12 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kementerian Pertahanan (MINDEF) terus memperkukuh kesiapsiagaan ketenteraan negara apabila memeterai perjanjian perolehan bernilai RM11 bilion sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2025.

MINDEF meterai perjanjian perolehan RM11 bilion

Majlis menandatangani kontrak dan penyerahan dokumen itu disempurnakan Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin.

Menurutnya, pelaburan ini merangkumi semua cabang utama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melibatkan darat, laut, udara dan juga siber.

image is not available

MINDEF perkukuh kesiapsiagaan ketenteraan

Antara perolehan terbesar ialah pembekalan 136 Kenderaan Perisai Jenis A oleh Mildef International Technologies Sdn Bhd menerusi surat hasrat (LOI) bernilai RM1.88 bilion.

Lumut Naval Shipyard Sdn Bhd pula menerima LOI bernilai RM800 juta bagi menyokong operasi dan logistik Kapal Tempur Pesisir (LCS).

image is not available

Turut diumumkan ialah pemasangan dua sistem Radar Jarak Jauh (LRR) di Terengganu dan Johor dengan kos RM277 juta.

Senjata ringan lain termasuk 178 unit senjata anti-kereta kebal, sistem mortar 81mm, 12 juta butir peluru 5.56mm serta pelancar peluru berpandu NSM.

image is not available

MINDEF juga memperuntukkan lebih RM1 bilion untuk penyelenggaraan kapal selam kelas Perdana Menteri, diikuti penyenggaraan jet F/A-18D, pesawat A400M serta helikopter EC725.

Sokongan terhadap industri tempatan turut dipertingkat melalui program kolaborasi industri (ICP), termasuk dalam bidang teknologi, AI dan keselamatan siber.

image is not available

Malah, satu lagi inisiatif penting ialah pembinaan Hospital Angkatan Tentera baharu di Kem Terendak, Melaka dengan kos RM320 juta.

“Pelaburan ini bukan sahaja memperlengkapkan ATM menghadapi cabaran semasa, tetapi juga memastikan Malaysia bersedia untuk masa depan—dari segi ketenteraan mahupun industri,” kata Khaled.

LIMA 2025 sekali lagi membuktikan komitmen kerajaan untuk memacu pertahanan negara ke arah lebih moden dan mampan.