MINDEF Pandang Serius, Siasat Dakwaan Aktiviti Tidak Bermoral Dalam Kem Tentera

LocalPolitics
5 Jan 2026 • 10:47 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

MINDEF Pandang Serius, Siasat Dakwaan Aktiviti Tidak Bermoral Dalam Kem Tentera

Kementerian Pertahanan memandang serius dakwaan berhubung kemasukan individu yang tidak berkaitan serta penganjuran aktiviti tidak bermoral di dalam kem tentera seperti yang tular di media sosial.

Menerusi satu kenyataan Kementerian Pertahanan Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah diarahkan untuk menjalankan siasatan dalaman dengan segera bagi menilai kesahihan dakwaan berkenaan secara menyeluruh.

Kementerian Pertahanan menegaskan bahawa dakwaan tersebut tidak mencerminkan budaya, nilai dan amalan sebenar ATM yang berteraskan disiplin, profesionalisme serta pematuhan ketat terhadap prosedur keselamatan.

“Kementerian tidak akan berkompromi dan tindakan tegas akan diambil sekiranya siasatan mendapati dakwaan tersebut adalah benar, selaras dengan peraturan, tatacara dan undang-undang yang berkuat kuasa,” ujar kenyataan itu.

BACA: Lagi Jimat, Ini Tips Guna Pay Later Paling Berbaloi Waktu Hujung Tahun

Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau kesimpulan awal yang boleh mengelirukan masyarakat serta menjejaskan reputasi Kementerian Pertahanan dan ATM.

Kementerian Pertahanan dan ATM turut menjelaskan komitmen berterusan mereka dalam memastikan disiplin, integriti dan profesionalisme warga pertahanan berada pada tahap tertinggi.

“Kementerian Pertahanan dan ATM sentiasa komited dalam memastikan disiplin, integriti dan profesionalisme warga pertahanan berada pada tahap tertinggi serta tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang perlakuan yang boleh menjejaskan imej dan kredibiliti institusi pertahanan negara,” kata kenyataan lagi.

image is not available