MINDEF Umum Pelantikan Empat Pegawai Kanan ATM, Berkuat Kuasa Mulai 1 Januari 2026

LocalPolitics
20 Jan 2026 • 6:12 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengumumkan pelantikan empat jawatan pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), termasuk Leftenan Jeneral Datuk Seri Muhammad Huzaimi Sabri sebagai Ketua Staf Markas ATM.

image is not available

Tiga jawatan utama lain melibatkan Panglima Angkatan Bersama, Timbalan Panglima Tentera Darat, dan Ketua Eksekutif Malaysian Institute of Defence and Security (MIDAS) berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026.

Menurut kenyataan MINDEF hari ini, Leftenan Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim dilantik sebagai Panglima Angkatan Bersama.

image is not available

MINDEF Umum Pelantikan Empat Pegawai Kanan ATM

Sementara itu, Mejar Jeneral Datuk Mohamad Suria Mohamad Saad dinaikkan pangkat kepada Leftenan Jeneral dan dilantik sebagai Timbalan Panglima Tentera Darat.

Leftenan Jeneral Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Datuk Zahani Zainal Abidin pula dilantik sebagai Ketua Eksekutif MiDAS.

Pelantikan ini diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, selepas menimbang syor Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) Siri Ke-632 yang bersidang pada 7 Januari lalu.

MINDEF menekankan bahawa integriti, akauntabiliti, dan tadbir urus yang bersih merupakan teras utama kepimpinan ATM.

“Barisan kepimpinan baharu ini diyakini mampu memikul harapan besar ini serta berkeupayaan memberikan khidmat dengan penuh wibawa, integriti dan profesionalisme,” kata kementerian itu.

image is not available

Barisan kepimpinan utama ATM bukan sahaja bertanggungjawab memastikan kesiapsiagaan dan keberkesanan operasi, malah memikul amanah untuk memperkukuh keyakinan rakyat terhadap institusi pertahanan negara.

The post MINDEF Umum Pelantikan Empat Pegawai Kanan ATM, Berkuat Kuasa Mulai 1 Januari 2026 appeared first on Borak Daily.