“Mindset Bisnes People Tiada Masa Untuk Drama” – Respon Pedas Fazura Selepas Jakel Dituduh Melagakan-Lagakan

LocalBusiness & Finance
28 Jan 2026 • 3:21 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pemilihan selebriti dan usahawan terkenal Fazura dalam kempen terbaharu Jakel kembali mencetuskan bualan hangat di media sosial.

Ada yang mendakwa tindakan pihak Jakel seolah-olah cuba melagakan atau membalas isu melibatkan individu tertentu sebelum ini.

Jakel nafi melaga-lagakan, balas dendam

Namun, satu kenyataan tegas daripada pihak pengurusan Jakel menafikan dakwaan tersebut. Kata Ketua Pegawai Operasi Bahagian Pemasaran dan Promosi Jakel Trading Sdn Bhd, Muzaffar Jakel, pihak Jakel tiada niat untuk melaga-lagakan atau membalas dendam.

Kerjasama dengan Fazura sudah dibincang sudah dibuat lebih kurang 8 bulan lalu, bukannya tergesa-gesa.

“Ini kolaborasi, bukan duta” – Penjelasan tegas pihak Jakel

image is not available

Tambah beliau lagi, kerjasama dengan Fazura adalah kolaborasi bukannya duta. Malah, pihak Jakel sendiri mengaku ada juga duta yang disambung kontrak dan ada juga yang tidak disambung.

Menariknya, Fazura tidak melatah dengan dakwaan netizen. Sebaliknya, beliau tampil dengan kenyataan yang cukup profesional bagi menjawab segala spekulasi.

Pssttt! Dalam dunia bisnes, yang penting ialah nilai, strategi dan profesionalisme. Tak perlu layan drama murahan – yang penting, rezeki jalan terus!

Kredit: Thread
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post “Mindset Bisnes People Tiada Masa Untuk Drama” – Respon Pedas Fazura Selepas Jakel Dituduh Melagakan-Lagakan appeared first on Oh! Media.
View Original Article