Minimal Ialah Telefon Pintar Dengan Papan kekunci Fizikal Dan Skrin E-Ink

TechnologyDigital
28 Jan 2024 • 8:46 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sudah wujud beberapa percubaan untuk mengembalikan era papan kekunci fizikal pada telefon pintar moden tetapi semuanya berakhir dengan kegagalan seperti Blackberry Ket 2. Tetapi bagi mereka yang masih percaya masih ada ruang untuk peranti seperti ini pada tahun 2024, Minimal ialah peranti yang mungkin boleh dibeli.

image is not available

Minimal dibangunkan untuk memerangi ketagihan penggunaan peranti pintar yang semakin serius sekarang. Skrin E-Ink yang digunakan akan membuatkan peranti tidak sesuai digunakan untuk menonton video yang akan mengubat ketagihan menonton TikTok tanpa henti. Tetapi ia masih boleh digunakan untuk membaca buku dan laman web. Kerana penggunaan skrin ini, Minimal boleh bertahan lama walaupun sekadar dilengkapi bateri 4000 mAh.

Tiada maklumat mengenai spesifikasi Minimal pada waktu ini kecuali ia menggunakan sistem operasi MnmlOS yang berasaskan Android. Terdapat aplikasi untuk panggilan telefon, menghantar mesej, kalender, nota dan juga Uber secara tersedia. Bagi yang berminat Minimal akan dijual pada harga $400 (~RM1891) bermula bulan depan.