Minta air panas, tapi pekerja Starbucks siap basuhkan botol susu. Lelaki ini cerita pengalaman

6 Sep 2022 • 11:30 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

BARU-BARU ini viral satu video berdurasi 35 saat yang memaparkan seorang pekerja Starbucks yang sedang membasuh botol susu di bahagian singki sebelum mengisi air panas.

Perkongsian video berkenaan dimuat naik seorang lelaki yang dikenali sebagai @angahazie888 menerusi medium TikTok miliknya.

Ketika itu, lelaki tersebut sedang berurusan dengan pekerja berkenaan di cawangan berdekatan Hospital Pakar KPJ Tawakkal, Kuala Lumpur.

MENGISI AIR PANAS

Ceritanya, pada saat itu, beliau telah meminta sedikit air panas daripada pekerja Starbucks tersebut kerana mahu membancuh susu anaknya.

Apa yang membuatkan dirinya terharu adalah pekerja lelaki berkenaan bukan sahaja mengisi air panas mengikut sukatan sepatutnya, bahkan turut mencuci terlebih dahulu botol susu sehingga bersih.

image is not available

“Terima kasih kepada pekerja ini. Saya minta air panas sedikit untuk buat susu anak. Beliau siap basuh sekali, ikut letak line air lagi,” kongsi lelaki tersebut menerusi ruangan kapsyennya.

image is not available

Video berkenaan mendapat 462,000 tontonan dan lebih 900 komen warga maya. Rata-rata memuji kebaikan pekerja berkenaan.

image is not available

Bahkan, ramai yang menitipkan doa semoga pemuda tersebut dimurahkan rezeki atas keprihatinannya.

Sumber: TikTok @angahazie888

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan