Minta ‘Duit Kopi’, MBSP Siasat Dakwaan Penguatkuasa Terlibat Salah Laku

LocalPolitics
6 Jun 2025 • 2:06 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) sedang melaksanakan siasatan terhadap satu video tular di media sosial berhubung dakwaan anggota penguat kuasanya terlibat dalam salah laku ketika menjalankan tugas.

MBSP siasat penguatkuasa minta ‘duit kopi’

image is not available

“Siasatan berhubung dakwaan dalam video tersebut masih dijalankan,” kata MBSP, baru-baru ini.

Memetik laporan MalaysiaGazette, video yang tular di TikTok berdurasi hampir dua minit itu memaparkan individu yang dipercayai anggota MBSP telah menyalahgunakan kuasa ketika menjalankan operasi di premis perniagaan milik rakannya.

Sehubungan itu, terdapat beberapa dakwaan yang telah dikemukakan antaranya ugutan terhadap pelanggan, meminta ‘duit raya’, menahan warga asing tanpa sebab yang jelas serta menyerang seorang rakyat tempatan dengan menamparnya akibat disangka warga asing.

Dalam perkongsian video tersebut, turut menyatakan bahawa salah seorang pegawai penguatkuasa itu pernah berpura-pura menyokong tindakan terhadap anggota berkenaan, namun sebenarnya mereka merupakan ‘satu pasukan’ yang sama.

image is not available

Foto: Harian Metro

Bukan itu sahaja, didapati penguat kuasa tersebut sering ke gerai rakannya mencari kesalahan termasuk mengambil gambar staf dan pelanggan warga asing yang sedang membeli barangan.

Keadaan ini dipercayai menimbulkan tekanan kewangan terhadap pengusaha tempatan serta memberi impak negatif kepada pendapatan bulanan peniaga.

Untuk info, individu tersebut mendawa laporan polis serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dibuat dan menyelar tindakan anggota itu mencemarkan nama baik keseluruhan anggota MBSP yang lain.

Sumber: MalaysiaGazette (Malinda Abdul Malik)