Minta Harga Barang, Wanita Terkejut Dapat Respon ‘Angkuh’ Daripada ‘Personal Shopper’ – “Silap Silap You Tak Beli Pun Sis”

2 Apr 2024 • 3:42 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Perkongsian seorang individu di media sosial baru-baru ini tentang khidmat personal shopper mendapat perhatian ramai warganet.

Menerusi hantaran itu, wanita tersebut mendedahkan perbualannya dengan personal shopper di mana dia bertanya tentang harga beg tangan.

 

Tanya elok elok tapi…

Ujarnya, prosedur yang ditetapkan wanita berkenaan agak susah kerana pembeli perlu menghantar mesej bagi mengetahui harga setiap barang.

Namun, respon yang diterimanya daripada personal shopper tersebut mengejutkan kerana dia seperti endah tak endah dan menegaskan bahawa dia memang sengaja tidak meletakkan harga.

Kalau rasa susah, tak perlu beli pun takpe. Memang saya tak letak harga. Semua customer nak beli memang akan tanya harga dulu.

 

Kena mesej untuk tanya harga satu per satu

Wanita itu kemudian menegurnya tentang prosedur dan berkata lebih wajar personal shopper tersebut meletakkan harga untuk memudahkan potential buyers.

Namun, dia kemudian menyindir ramai orang yang hanya bertanya berkali-kali tetapi akhirnya tidak membeli dengan alasan ‘mahu survey sahaja’.

image is not available

image is not available 1 month ago

"Ni Kedai Crepe Ke PLKN?" - Banyak Peraturan Sebelum Beli Barang, Kieda Crepe Jadi Perhatian Lagi

View Original Article