'Minta maaf abang, saya hutang banyak' -Prabakaran

Politics
8 Nov 2022 • 5:59 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tangkap layar ciapan Prabakaran.

SHAH ALAM - Calon ahli Parlimen Batu dari Pakatan Harapan (PH), P Prabakaran menafikan mempunyai aset yang banyak walaupun baharu berumur 26 tahun.

Penyandang kerusi Batu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) itu sebaliknya berkata bahawa beliau mempunyai hutang yang banyak.

"Minta maaf 'brother' (abang), saya hutang banyak. Ini baharu betul," katanya menerusi ciapan di Twitternya pada Selasa.

Prabakaran turut memuat naik sekeping gambar yang menulis butiran hutangnya iaitu sebuah kereta Toyota Vellfire berjumlah RM70,000 dan pinjaman peribadi RM117,000.

Sebelum ini, kecoh di Twitter yang mempersoalkan Prabakaran mampu membeli dua kereta mewah sebaik sahaja beliau menjadi ahli Parlimen sebelum ini.

View Original Article