“Minta Maaf Pun Saya Tetap Akan Saman”- Penerbit Filem Gadis Jolobu Akan Ambil Tindakan Terhadap Youtuber Zhafvlog?

Movie
9 Aug 2022 • 2:02 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penerbit filem, Saraleana Nattaya Azmi mengambil keputusan untuk menyaman seorang Youtuber yang sering mengulas ‘rating‘ filem-filem tempatan di media sosial.

Kata Saraleana yang ditemui media baru-baru ini, Youtuber tersebut telah membuat ulasan filem terbarunya iaitu Gadis Jolobu sebagai ‘infinity sh*t’ di mana baginya kurang ajar dan langsung tidak membina.

Penerbit itu bertindak demikian kerana ingin memberi pengajaran kepada Youtuber berkenaan supaya tidak sewenang-wenangnya memberikan kritikan melampau terutamanya kepada filem-filem yang bakal diterbitkan pada masa akan datang.

Apabila dia komen sebegitu, kasihan mereka (private investor). Nak cari duit buat filem bukan senang tau. Youtuber itu tahu komen cakap filem ni sampah. Tak bolehlah la macma tu.

Nak buat filem tu susah. Dia hanya tahu komen sebab nak buat duit daripada Youtube. Tak adil dengan penerbit lain. You boleh minta maaf macam mana pun, tapi I tetap akan saman you.

Dalam pada itu, Saraleana berkata dia tidak kisah karya terbitannya dikritik namun bukanlah dengan kata-kata biadab dan tidak berilmu.

Selain itu, dia juga turut mengulas mengenai dakwaan netizen yang mengatakan ada babak lucah ditampilkan dalam filem tersebut.

“Saya rasa kalau adegan tersebut tidak boleh ditayangkan, sudah tentu pihak LPF juga akan menyekat filem ini daripada disiarkan, atau memotong adegan berkenaan” jelasnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

image is not available 5 hari lalu

"Rendahkan Martabat Wanita"- Baru Sehari Tayang, Filem Gadis Jolobu The Movie Dah Jadi Bahan Kecaman Netizen