
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebagai pengguna jalan raya, kita perlulah sentiasa memandu atau menunggang motosikal dengan berhemah dan mematuhi peraturan bagi mengelak berlakunya perkara yang tidak dingini seperti kemalangan.
Pun begitu, masih ada segelintir individu yang sudah pun berhati-hati semasa memandu namun terlibat dengan kemalangan jalan raya disebabkan kecuaian orang lain.
Bagi mangsa yang terlibat, rasa geram dan kecewa pastinya sukar dibendung. Mana tidaknya, kenderaan yang dijaga rapi tiba-tiba dilanggar dan terpaksa menanggung rugi apabila pihak di sebelah sana tidak mahu bertanggungjawab.
Baca Artikel Berkaitan: Tular Penunggang Wanita ‘Cabut Lari’ Lepas Langgar Bumper Wira Sampai Kemek [Video]
Lelaki kecewa terpaksa tanggung rugi selepas kereta dirempuh penunggang tiada lesen
Begitulah yang dilalui seorang pemandu lelaki ini apabila dia terpaksa menanggung rugi bagi membaiki kenderaannya yang rosak akibat dirempuh oleh penunggang motosikal yang didakwanya tiada lesen.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya (@adnizainal), kemalangan itu berlaku ketika dia yang memandu Honda Accord berwarna putih ingin memasuki sebuah simpang jalan.
Jelas kelihatan di dalam rakaman dashcam motosikal jenis Yamaha Y15 itu ditunggangi secara laju di lorong bertentangan sebelum merempuh kereta terbabit.
Tiada permohonan maaf, keluarga pula tak nak tanggungjawab
Bukan hanya tidak dapat menuntut insurans motosikal berkenaan, pemilik kereta itu juga mendakwa tiada permohonan maaf yang dilakukan oleh mereka.
Lebih mengecewakan, ibu bapa penunggang motosikal itu juga didakwanya bersikap ‘lepas tangan’ dan tidak datang berbincang mengenai perkara itu.
“Mak ayah pun takda rasa tanggungjawab datang nak bincang. Harap benda sama jadi kepada keluarga mereka, kita selesaikan di akhirat saja lah. Siapa kenal keluarga pemilik motosikal ini tolong kirim salam ya,” tulis di ruangan kapsyen.
@adnizainal Lawyer pun dah tahu sapa betul sapa salah dik.awak tu dengan lesen pun takde. Nak ganti rugi memang tak la. Mak bapak pun takde rasa tanggungjawab datang nak bincang.Hope benda sama jadi to your family.kita settle akhirat je la senang.sapa kena family owner moto tolong kirim salam ye #tanahmerah #dey2445 ♬ original sound – s
Netizen beri pelbagai reaksi
Memindai ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh pengguna media sosial selepas melihat video terbabit.
Kebanyakan orang mengecam tindakan penunggang motosikal itu yang menunggang secara bahaya sehingga menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.
Pun begitu, ada pula yang menyebelahi penunggang berkenaan dengan mendakwa pemandu kereta sepatutnya melihat cermin sisi dan memastikan keadaan selamat terlebih dahulu sebelum memasuki simpang.
“Kali ini motor salah”

“Siapa nak jangka ada motor dari lorong bertentangan, kalau aku pun terkejut”

“Walaupun dia salah, tapi tetaplah berhati-hati nak masuk simpang”


Baca Artikel Berkaitan: Main Pancung Hingga Jadi Punca Kemalangan, Pemandu Myvi Dikritik Selamba Salahkan Rider [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Nurse Selamba Halang Laluan Depan Sekolah, Siap Tunjuk Jari Tengah Lepas Dihon [Video]


![Tindakan Pantas Ibu Selamatkan Budak Lelaki Di China Dari Terjerut Cable Tie [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/family-and-parenting.jpeg)
![Ramai Tertarik Lihat Google Maps ‘Jalan Kaki’ Di KL, Siap Ada Yang Berminat Nak Kerja [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/technology.jpeg)

