Minta Perhatian! Kami Tak Pernah Minum Jus Beruk Nih Untuk Kurus  – Rozita Che Wan 

3 Nov 2022 • 10:00 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Rozita Che Wan menjadi mangsa terbaharu pihak tidak bertanggungjawab. - Gambar Instagram

Sebelum ini, pelakon Yana Samsudin telah menjadi mangsa pihak yang tidak bertanggungjawab apabila mereka mewujudkan sebuah akaun Facebook yang menggunakan nama dan gambarnya untuk menjual dan mempromosikan produk kurus. 

Kini, pelakon jelita, Rozita Che Wan atau Che Ta pula yang menjadi mangsa seterusnya. Manalah Che Ta tak naik angin.  Sebab, Che Ta sendiri pun, dah ada produk kurusnya sendiri iaitu Jus Qurus. 

Dalam sebuah hantaran di Instagram, Che Ta telah memuaik naik iklan yang menggunakan nama dan wajahnya itu untuk menjual produk kurus - Beli dua dengan harga RM100, lepas tuh dapat hadiah percuma. 

image is not available
Gambar Instagram Rozita Che Wan

Tak dapat nak tahan bengang, Che Ta pun sound setepek: 

“Syaiton mana yang menipu sangat nih. Minta perhatian, kami tak pernah minum jus beruk nih pun untuk kurus badan. 

“Jus korang tak laku, sampai terpaksa menipu, nak sentil (selit) gambar aku,” katanya. 

Kapsyen yang ditulis Che Ta menerusi hantaran yang dimuat naik itu meraih perhatian ramai. Malah, ramai juga yang berpendapat bahawa ia sesuatu yang melucukan bila Che Ta menggelarkan produk jus kurus daripada pihak scammer itu sebagai jus beruk. 

Ramai juga yang meminta Che Ta untuk mengambil tindakan yang tegas. Jika tidak, makin ramailah pihak yang tidak bertanggungjawab seperti ini menggunakan nama dan wajah artis sesuka hati. – Getaran, 3 November 2022