Minta Sokongan Buat GSF Tapi Diselar Dek Promote Jenama Boikot, Daiyan Trisha Tak Berdiam Diri – “Saya Dah Buat Terbaik”

EntertainmentPolitics
3 Oct 2025 • 4:51 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha tampil memberi teguran di Threads agar orang ramai berhenti berbalah mengenai perkara remeh, sebaliknya menyalurkan tenaga kepada isu yang lebih penting seperti misi flotilla ke Gaza.

Dalam hantaran tersebut, Daiyan menulis,

It’s bigger than you. It’s bigger than all of us. Cukuplah bergaduh pasal benda yang tak memberi manfaat kepada sesiapa. Channel your energy into something that actually matters, and you know exactly what that is. Keep on posting about the flotilla & keep on praying for G .

Namun, salah seorang netizen membalas dengan menegur Daiyan agar berhenti mempromosikan jenama yang dikatakan berkompromi dengan isu Palestin.

image is not available

Daiyan kemudian menjawab:

Saya dah lama berhenti. Boleh saya tahu jenama apa yang awak maksudkan?

Individu itu menyebut Carolina Herrera, sebelum Daiyan sekali lagi membalas dengan nada tenang,

Saya dah cuba yang terbaik bagi pihak saya. Sama-sama.

Perbualan itu menjadi perhatian ramai kerana memperlihatkan usaha Daiyan menjawab kritikan secara matang, sambil terus menegaskan pendiriannya menyokong perjuangan Palestin.

image is not available 2025-09-23 13:24:31

“Poket Saya Pun Dah Tebal” – Daiyan Trisha Nafi Cari Lelaki Kaya Sebagai Pasangan

View Original Article