Minta tak libatkan keluarga, atlet Jepun mohon maaf langgar Shah Firdaus

12 Aug 2024 • 8:49 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Atlet Jepun mohon maaf kepada Malaysia selepas insiden yang berlaku sewaktu final acara keirin lelaki di Olimpik Paris sehingga mengakibatkan pelumba negara, Shah Firdaus gagal memperoleh pingat.

Menerusi perkongsian Sinji Nakano di TikTok, dia memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia di atas apa yang berlaku dan mungkin berpunca daripada kesilapannya.

image is not available

atlet Jepun mohon maaf atas kesilapan yang berlaku

Dalam hantaran tersebut, atlet berkenaan telah berkongsi gambar memegang bendera negara Jepun dengan kapsyen meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana melanggar Shah Firdaus.

“Saya memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia atas kesilapan saya,”katanya.

image is not available

Atlet Jepun mohon maaf, minta tak ‘petik’ family

Dia turut meminta supaya netizen berhenti mengaitkan keluarganya memandangkan dia sahaja yang bertanggungjawab dalam kejadian tersebut.

“Tolonglah Jangan sebut nama keluarga. Saya sepatutnya bertanggungjawab jangan libatkan keluarga saya,” rayunya.

Masih ada yang maki dia

Perkongsian berkenaan telah mendapat perhatian netizen dari Malaysia apabila tetap meninggalkan komen di ruangan posting tersebut.

Walaupun ada di antara mereka tidak menyuarakan lagi kemarahan, namun masih ada yang kurang bijak apabila terus-terusan memaki atlet tersebut disebabkan kejadian di veledrom di Paris semalam.

image is not available

Boikot takoyaki!

image is not available

Dia dah minta maaf kot, sudahla netizen

image is not available

Kita jangan la libatkan keluarga dia

image is not available

Maaf jika netizen Malaysia ada yang kurang sopan

image is not available

Terdahulu, alet negara, Shah Firdaus terlepas pingat gangsa apabila terjatuh sewaktu mengalami kemalangan bersama wakil dari Jepun di pusingan akhir acara keirin lelaki Olimpik Paris.

Susulan daripada itu, media sosial Shinji telah diserang netizen dari Malaysia sehingga Shah sendiri meminta orang ramai berhenti menulis komen negatif di platform media sosial kerana ia sedikit sebanyak boleh memburukkan nama baik Malaysia.

Sumber: TikTok Shinji Nakano