Mintah pulang perkukuh serangan Terengganu FC

LocalFootball
22 Jul 2026 • 2:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Mintah pulang perkukuh serangan Terengganu FC
MINTAH Foto: Terengganu FC

BEKAS penyerang Kuching City FC, Jordan Mintah, kembali menyertai Terengganu FC bagi menghadapi cabaran Liga Malaysia (Liga-M) 2026/2027.

 

Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB), dalam kenyataan, mengesahkan pemain naturalisasi berusia 30 tahun itu telah menandatangani kontrak selama semusim bermula Julai hingga 31 Mei 2027.

 

Menurut kenyataan itu, Mintah pernah beraksi bersama Terengganu pada 2020 sebelum dipinjamkan ke Kuala Lumpur City FC pada 2023 dan seterusnya berhijrah ke skuad The Cats pada 2024.

 

“Selepas sekian lama, Mintah kini kembali memperkukuh barisan serangan skuad Penyu yang bakal berdepan cabaran lebih getir musim ini.

 

“Pengalaman luas yang dimiliki dalam arena bola sepak tempatan dan antarabangsa menjadikan Mintah antara aset penting Terengganu dalam memperkukuh jentera serangan musim ini,” menurut kenyataan itu.

 

Sementara itu, Mintah dalam kenyataan sama amat bersyukur dan gembira kerana dapat kembali ke pangkuan skuad Penyu yang dianggap sebagai rumah keduanya.

 

Malah beliau bertekad untuk membalas kepercayaan itu dengan bekerja keras bagi meningkatkan prestasi pasukan serta mencapai sasaran yang ditetapkan pada musim ini.

 

Skuad Penyu yang dibimbing Nafuzi Zain sebelum ini merekrut seorang pemain naturalisasi, lima tonggak import dan tiga pemain tempatan baharu sebagai persediaan mengharungi cabaran Liga-M yang akan bermula pada 22 Ogos depan.

 

Pemain import berkenaan ialah Manuel Ott (Filipina), Victor Ruiz (Sepanyol), Elvis Kasomba (Burundi), Habib Haroon (Bahrain) dan Ngweni Ndasi (Cameroon).

 

Tonggak tempatan pula ialah Ahmad Haziq Kutty Abba, Muhammad Faiz Mazlan dan Muhammad Danial Amier Norhisham, selain pemain naturalisasi Romel Morales.

INFO

 

Saingan Liga-M yang akan bermula pada 22 Ogos depan

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved