Minyak Dunia Melepsi $90 Semula! Adakah Pelan Gencatan Senjata 10 Hari Mampu Selamatkan Pasaran?

WorldBusiness & Finance
21 Jul 2026 • 10:56 PM MYT
Intraday
Intraday

Media Pasaran Kewangan No.1 dalam Bahasa Malaysia

Minyak Dunia Melepsi $90 Semula! Adakah Pelan Gencatan Senjata 10 Hari Mampu Selamatkan Pasaran?

Konflik bersenjata di Timur Tengah memasuki fasa baharu yang lebih kritikal apabila  Houthi di Yemen mengisytiharkan sekatan maritim terhadap Arab Saudi. Pengumuman mendadak ini berpotensi membabitkan laluan strategik Selat Bab el-Mandeb, sekali gus mengancam aliran eksport minyak global di sebalik krisis berterusan antara Amerika Syarikat dan Iran.

Pengisytiharan sekatan oleh Houthi berlaku serentak dengan tindakan tentera AS menerusi Markas Pemerintahan Pusat (CENTCOM) yang melancarkan siri serangan udara terbaharu ke atas fasiliti ketenteraan dan tapak pelancaran peluru berpandu Iran. Pada masa yang sama, pihak Iran bertindak memintas dan menyerang sebuah kapal tangki di Selat Hormuz, selain melancarkan serangan roket yang merosakkan loji air di Kuwait.

Ancaman terbaharu ke atas Arab Saudi ini meletakkan sekitar 2.5 juta tong eksport minyak sehari dalam bahaya, terutamanya ketika trafik perkapalan di Selat Hormuz terhenti. Keadaan ini memaksa pasaran bergantung sepenuhnya kepada rangkaian saluran paip Timur-Barat (Petroline) dan terminal Laut Merah bagi mengekalkan rantaian bekalan tenaga dunia.

Di sebalik peningkatan suhu pertempuran, wujud sinar diplomasi berikutan laporan bahawa perantara serantau telah mengemukakan cadangan gencatan senjata selama 10 hari kepada Washington dan Tehran. Cadangan ini disasarkan bagi memulihkan semula memorandum persefahaman yang dimeterai bulan lalu demi menghentikan pertempuran dan membuka semula laluan dagangan laut.

Pasaran tenaga global bertindak balas secara turun naik terhadap perkembangan geopolitik ini, dengan harga minyak mentah Brent melonjak melepasi paras $90 setong manakala WTI mengukuh kepada $84.13. Penganalisis memberi amaran bahawa kegagalan mencapai kesepakatan damai boleh mencetuskan kenaikan harga minyak ke paras yang lebih tinggi dalam masa terdekat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved