
Satu rakaman video masakan yang dimuat naik oleh seorang pempengaruh dari Filipina mencetuskan persoalan dalam kalangan netizen selepas memaparkan penggunaan minyak masak dalam paket yang dipercayai minyak masak bersubsidi dari Malaysia.
Menerusi video yang tular di media sosial, pempengaruh atau TikToker dari Filipina itu dilihat menggunakan minyak masak paket jenama Cap Epal yang dipercayai merupakan minyak masak bersubsidi dari Malaysia ketika menyediakan hidangan.

Paparan itu mengundang pelbagai reaksi, dengan rata-rata netizen mempersoalkan bagaimana minyak masak bersubsidi Malaysia boleh diperoleh di negara jiran memandangkan produk berkenaan merupakan barangan kawalan yang tidak sepatutnya dieksport ke luar negara.
Susulan itu, ada yang menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan bagi mengenal pasti bagaiman minyak masak tersebut boleh sampai ke negara berkenaan serta mengambil tindakan sekiranya berlaku penyelewengan.
Bagaimanapun, seorang individu tampil memberikan penjelasan bahawa kewujudan minyak masak Malaysia di kawasan tertentu di selatan Filipina bukanlah perkara baharu kerana terdapat rakyat Malaysia yang menetap dan menjalankan perniagaan runcit di sana.
@decko_tum
Baca juga:
Pergaduhan murid tular: JPWPKL tiada kompromi terhadap salah laku keganasan
Maritim Malaysia nafi dakwaan bot bawa PATI Rohingya masuk melalui pesisir pantai
Kelantan roboh binaan tanpa kebenaran di tanah kerajaan, dihuni etnik Rohingya
Menurutnya, antara kawasan yang mempunyai komuniti rakyat Malaysia ialah Pulau Mangsee, di mana terdapat individu yang berkahwin dengan penduduk tempatan sebelum membuka perniagaan bagi memenuhi keperluan masyarakat setempat.
“Dekat dengan saya di Pulau Mangsee memang ada warganegara Malaysia yang berkahwin dengan orang sana dan menjalankan perniagaan runcit di sana,” katanya.
Menurut individu itu lagi, barangan keluaran Malaysia yang dijual di kawasan berkenaan lazimnya ditawarkan pada harga yang jauh lebih tinggi berbanding di Malaysia berikutan kos membawa masuk dan permintaan daripada penduduk setempat.
Dakwanya, sebungkus mi segera perisa kari dari Malaysia boleh dijual sekitar RM3 hingga RM4, manakala minyak masak paket pula dijual pada harga sekitar RM10 sebungkus.
The post Minyak masak paket Malaysia muncul dalam video TikToker Filipina cetus persoalan appeared first on The Reporter.

![TikToker Filipina Masak Guna Minyak Masak Paket Dari Malaysia Jadi Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/warga-filipina-guna-minyak-masak-dari-malaysia_1-857x1024.jpg?t=1784610981)


