Minyak Melepasi $90 Setong: Situasi ‘Tiada Perang, Tiada Damai’ AS-Iran Makin Parah!

WorldBusiness & Finance
18 Aug 2026 • 9:18 PM MYT
Intraday
Intraday

Media Pasaran Kewangan No.1 dalam Bahasa Malaysia

Minyak Melepasi $90 Setong: Situasi ‘Tiada Perang, Tiada Damai’ AS-Iran Makin Parah!

Konflik berpanjangan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran kini memasuki fasa kebuntuan “tiada perang, tiada damai” yang semakin berakar umbi susulan penamatan perjanjian persefahaman gencatan senjata pada minggu ini. Firma penganalisis Wolfe Research mengunjurkan bahawa situasi ini akan mengekalkan harga minyak mentah global pada paras tinggi semasa tanpa sebarang penyelesaian jangka pendek.

Ketegangan serantau semakin meruncing selepas Iran memberi amaran akan beralih kepada pendirian menyerang sepenuhnya di Selat Hormuz dan kawasan sekitarnya. Sementara itu, Presiden Donald Trump menegaskan Washington enggan melanjutkan memorandum persefahaman (MoU). Bukan itu sahaja, dalam masa yang sama mengeluarkan ancaman tindakan ketenteraan terhadap Oman yang cuba bertindak sebagai perantara bebas bagi memulihkan operasi selat berkenaan.

Trafik maritim di Selat Hormuz dilaporkan terhenti hampir sepenuhnya susulan kebimbangan terhadap ancaman keselamatan kapal tangki antarabangsa. Laporan terbaharu UKMTO mengesahkan insiden serangan ke atas sebuah kapal yang mengakibatkan kerosakan bilik enjin serta kematian seorang kru kapal di laluan strategik tersebut.

Kesan daripada insiden tersebut mendorong pasaran niaga hadapan minyak mentah Brent melonjak melepasi $90 setong, sekali gus membangkitkan semula risiko tekanan inflasi tenaga dan peningkatan hasil bon Perbendaharaan AS. Pasaran kewangan kini memantau rapi potensi implikasi harga tenaga terhadap pertimbangan dasar monetari bank pusat global.

Walau bagaimanapun, penganalisis ekonomi Wolfe Research menilai bahawa ekonomi AS mempunyai daya tahan yang mencukupi untuk menyerap impak harga minyak yang tinggi. Aliran minyak dari rantau Teluk serta kestabilan penunjuk jangkaan inflasi pasaran bon setakat ini berjaya mengelakkan kejutan ekonomi berskala besar.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved