

Nampaknya ada berita baik untuk anda!
Ini kerana kerajaan mengurangkan harga runcit RON97 dan diesel sebanyak tiga sen seliter bermula esok hingga 9 Julai ini.
Jadi bermula esok, harga runcit RON97 berharga RM3.18 seliter manakala diesel pula RM2.85 seliter di Semenanjung Malaysia. Bagaimanapun, harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.

Malah, Harga runcit RON95 juga kekal pada paras RM2.05 seliter.

