Minyak Tinggal 1 Bar, Ini Cara Tengok Jarak Sebenar Kereta Boleh Pergi 

Cars
23 Oct 2025 • 12:15 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Minyak Tinggal 1 Bar, Ini Cara Tengok Jarak Sebenar Kereta Boleh Pergi

Setiap kenderaan di atas jalan raya menggunakan petrol sebagai bahan bakar untuk bergerak, kecuali kereta elektrik (EV).

Disebabkan itu, setiap kenderaan dilengkapi indikator minyak bagi memantau paras bahan api dalam tangki kereta.

Apabila paras minyak semakin rendah atau hampir habis, simbol petrol akan mula berkelip atau menyala. Ini tanda amaran kepada pemandu supaya segera mengisi minyak.

Tapi pernah tak korang panik bila tengok minyak kereta tinggal satu bar je? Lagi-lagi bila tengah jalan jauh, stesen minyak entah kat mana, lampu minyak pun dah mula berkelip.

Masa tu jantung pun rasa macam ikut ‘berkelip’ sekali, kan? Tapi jangan risau, sebenarnya ada cara mudah nak tahu berapa jauh lagi kereta korang boleh jalan sebelum minyak betul-betul habis.

Senang je rupanya

Perkongsian menarik ni datang daripada pengguna TikTok @altimatsaujana, yang berkongsi cara paling senang nak tahu anggaran jarak perjalanan berdasarkan baki minyak.

Menurutnya, korang cuma perlu tengok pada meter kereta dan cari perkataan “RANGE” pada paparan meter tu.

Nilai yang terpapar itulah yang menunjukkan berapa kilometer lagi korang boleh jalan sebelum tangki minyak kosong sepenuhnya.

Contoh bagi kereta Perodua Myvi, korang boleh rujuk video yang dikongsikan oleh abang ni untuk lihat dengan lebih jelas cara nak semak bacaan range tu.

@altimatsaujana

Minyak tinggal 1 bat panik kereta mati! Ni cara nak check berapa jauh boleh jalan!!!#bengkelkeretasaujanautama #pakaraircondkereta #bengkelpakaraircondkereta #pakaraircondkereta #BengkelBumiputera Doakan kami untuk menjadi bengkel kereta terbaik dan pakar aircond kereta terbaik di Kuang dan Sg Sungai Buloh. We will do our best to provide the best car workshop & repair and car aircond specialist in Saujana Utama and Sg Sungai Buloh.

♬ original sound – Altimat Saujana Utama – Altimat Saujana Utama

Elak panik di tengah jalan

Jadi, lepas ni kalau minyak tinggal satu bar, jangan terus panik. Tengok dulu bacaan range tu. Sambil-sambil tu, bolehlah korang mula cari stesen minyak terdekat.

Untuk info, tak semua kereta ada perkataan “RANGE” pada paparan meter minyak tu. Ia bergantung pada model dan tahun keluaran kereta.

Jadi, kalau tak jumpa perkataan “RANGE” pada meter, jangan risau. Mungkin kereta korang tunjuk cara lain atau fungsi tu tak tersedia.

Tapi, jangan ambil mudah. Bacaan tu cuma anggaran kasar berdasarkan gaya pemanduan dan keadaan semasa. Kalau jalan berbukit, banyak berhenti atau bawa laju, jarak sebenar boleh jadi lebih pendek.

Ramai yang ‘berani mati’ tunggu sampai lampu minyak menyala baru nak isi. Tapi sebenarnya, tabiat ni boleh rosakkan fuel pump kereta dalam jangka masa panjang.

Jadi, seeloknya jangan tunggu sampai lampu berkelip baru nak isi minyak.