
Niat pelakon, Mira Filzah untuk sebarkan kesedaran tentang keadaan terkini di bumi Palestin sepatutnya dipuji tapi lain pula yang jadi sampai dikecam teruk!
BACA: Mira Filzah, Anna Jobling Dan Puteri Aisyah Antara Selebriti Wanita Jadi Mangsa Sunting Foto Bog*l
Hantaran yang dibuat oleh pelakon itu menjadi tumpuan kerana berkongsi gambar penderitaan rakyat Palestin tetapi menggunakan bendera negara Sudan.
Tidak lama selepas Mira memuat naik hantaran itu, dia telah dihentam oleh netizen disebabkan kesilapan itu.
Kamu tidak boleh lawan negara yang yakin bahawa kematian itu bukanlah pengakhiran.

Menjengah bahagian komen, rata-rata pengguna media sosial melahirkan rasa tak senang dengan hantaran pelakon itu dan menyifatkannya tidak cakna dengan rupa bendera negara Palestin.
Bendera pun salah hadehh.
Salah bendera tuuu.
Bendera Sudan tu.

Walau bagimanapun, dia telah memadam hantaran yang dikongsi. Sepatutnya, Mira perlu check dulu sebelum berkongsi ke media sosial. Buat masa sekarang ni, tiada kenyataan yang diberikan oleh pelakon itu.
Kredit: Instagram Mira Filzah
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


