Mira Filzah selar dakwaan anak kurus tak cukup makan, ikut genetik sebelah bapa

EntertainmentFamily & Parenting
20 Aug 2025 • 3:52 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon cantik, Mira Filzah menyelar dakwaan individu tidak bertanggungjawab yang mendakwa anak lelakinya Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar terlihat begitu kurus kerana kekurangan makanan.

Kurus ikut genetik bapa

image is not available

Menerusi perkongsian di TikTok, Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman menjelaskan penampilan fizikal anaknya itu mengikut genetik keluarga suaminya iaitu berbadan kurus dan tinggi.

“Anak nampak macam kurus macam kurang makan. Awak semua ni, kalau komen ada saja yang nak kata, gemuk tak boleh kurus tak boleh.

“Anak saya ni kurus dan tinggi ikut bapa dia, bapa-bapa saudara Emir semua tinggi 6 kaki ke atas. Emir ni kecil lagi dah tinggi padahal baru tiga tahun. Ada saja yang tak kena. Makan banyak pun nanti dia berak banyak juga,” kata Mira, baru-baru ini.

Berkongsi lanjut, Mira berkata tubuh badan Emir adalah normal seperti kanak-kanak lain kerana pada usia sebegini mereka sedang aktif untuk bermain.

image is not available

“Emir ni budak lelaki, setiap malam kalau lepas mandi masih berpeluh sebab dia aktif bermain, biasa lah tu,” jelasnya.

Meninjau ke ruangan komen wargamaya bersetuju dengan pandangan yang dikemukakan oleh Mira dan ada juga yang berkongsi pengalaman sama dalam proses membesarkan anak.

Malah ada juga warganet yang kurang senang dengan individu yang gemar mencampuri hal orang lain dan mengakui wajah Emir saling tidak tumpah seperti ibunya.

Kurus ikut genetik

image is not available

Pantang orang hina pasal anak

image is not available

Comel macam mak dia

image is not available

Untuk rekod, Mira dan suami, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khairil Anuar menikah pada 3 September 202o. Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata.

Sumber: TikTok zahnirgku4s