Mira Filzah tak halang netizen boikot & ‘block’, nasihat jaga adab jangan maki

Entertainment
13 May 2024 • 5:23 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Mira Filzah tak halang netizen untuk boikot dan sekat (block) media sosial miliknya susulan namanya tersenarai dalam ‘Selebriti Blockout2024’ yang sedang hangat berlangsung pada masa ini.

Untuk pengetahuan, gerakan tersebut merupakan salah satu usaha untuk menyekat dan memboikot mana-mana artis yang tidak mendokong atau menjadi duta kepada jenama-jenama produk boikot.

image is not available

Mira Filzah tak halang netizen ‘block’

Pemilik nama Nur Amirah Filzah Badioezaman berkata, tujuannya untuk tampil bersuara adalah bagi mewakili semua orang terlibat dan tidak menghalang sebarang tindakan seseorang.

Mira berkata, dia tidak kisah seandainya orang ramai tekad dan mahu menyekat media sosial miliknya termasuk rakan artis yang tersenarai dalam ‘Selebriti Blockout2024’.

“Saya bercakap ini untuk semua. Buatlah apa-apa sahaja yang kamu mahu lakukan. Nak sekat, sekat saja,”katanya.

image is not available

Nasihat jaga adab media sosial

Bagaimanapun, pelakon berusia 31 tahun itu menasihati orang ramai agar menjaga adab dan tutur kata di media sosial jika tidak sokong akan tindakan segelintir selebriti yang didakwa mempromosikan jenama-jenama boikot.

“Tapi tak payah sampai keluarkan kata-kata yang tidak baik. Ia adalah #blockout, bukan #makiout.
“Ingat, penulisan kita pun ada dosa dan pahala,”nasihat Mira Filzah menerusi aplikasi X, hari ini.

image is not available

Bukan baru nak kongsi isu Palestin

Dalam pada itu, Mira juga menyangkal dakwaan dia mengambil pendekatan untuk berdiam diri daripada bercakap tentang isu Palestin di media sosial miliknya.

Sebaliknya, dia aktif bersuara dan ia bukannya perkara baru dikongsinya berkaitan nasib rakyat Palestin di media sosial.

Sumber: X Mira Filzah