Mira Menolak Dakwaan Menjadi Punca View Chin Dan Ah Moi Cerai

22 May 2023 • 2:41 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Tular satu video di laman Facebook yang memaparkan pempengaruh yang bernama Mira tampil menjawab persoalan netizen mengenai kontroversinya antara View Chin dan isterinya, Ah Moi.

Menurut Mira, tidak semua perkara yang didedahkan oleh Ah Moi, isteri kepada usahawan itu adalah benar dan dia juga mempunyai cerita sendiri tetapi tidak mahu memaklumkan kepada orang ramai.

Tambahan, sewaktu netizen mendakwa Mira atau nama sebenar Amirah Firdaus adalah skandal View Chin, dia cuba membetulkan semula dan berkata jejaka berkenaan adalah teman lelakinya.

Dalam pada itu, Mira turut bertanya kepada warga netizen sama ada sudah meminta maaf kepada dirinya ataupun belum kerana sudah menfitnahnya sebelum ini.

Yang fitnah Mira dah minta maaf belum? Nanti dekat kubur merangkak cari aku.

Malah, pempengaruh itu juga tampil menegaskan dakwaan yang dia bukan punca pasangan itu bercerai.

Mira turut berkata, dia dan View Chin menjalinkan hubungan setelah usahawan itu bercerai dengan isterinya.

Kredit: Facebook

+Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved