Misi Bantuan Banjir Skuad Ihsan MADANI, Satria Rakan Muda KBS Ke PPS SK Sungai Kelamah

LocalPolitics
10 Dec 2024 • 4:29 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

Misi Bantuan Banjir Skuad Ihsan MADANI, Satria Rakan Muda KBS Ke PPS SK Sungai Kelamah

1. YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan diiringi oleh YB Suhaimizan Bizar, ADUN Gemencheh telah melawat PPS SK Sungai Kelamah, Gemencheh hari ini.

2. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dan Pusat Belia Antarabangsa (IYC) telah menyumbang sebanyak 56 set makanan kering bersama 112 unit “sleeping bag” dan 56 unit tikar sumbangan daripada Decathlon Malaysia Sdn. Bhd. serta 100 set kelengkapan peribadi wanita daripada Majlis Belia Malaysia (MBM).

image is not available
3. PPS SK Sungai Kelamah menempatkan sebanyak 56 buah keluarga melibatkan 206 orang mangsa. Seramai 40 orang SATRIA Rakan Muda KBS telah turut serta dalam misi bantuan banjir hari ini. Inisiatif ini juga membuktikan komitmen KBS di dalam memberikan bantuan menerusi usaha kesukarelawanan di bawah gaya hidup Rakan Muda iaitu Rakan Prihatin seiring dengan aspirasi Malaysia MADANI.

image is not available

4. Misi ini juga diperkuatkan dengan sokongan logistik daripada Persatuan Pacuan Empat Roda Malaysia. Sekiranya orang ramai ingin memberikan sumbangan atau menjalinkan kerjasama, boleh hubungi Bilik Gerakan Banjir Rakan Muda di talian 03-8871 3748/3724 atau e-mel sukarelawan@kbs.gov.my.