Misi bawa filem Sabah ke pasaran antarabangsa

LocalEntertainment
6 Sep 2024 • 3:45 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Kazalinah Kamaludin

DENGAN misi mempromosi dan memperkenalkan filem Sabah ke pentas antarabangsa, Persatuan Filem dan Video Kota Kinabalu (KKFVA) akan membawa filem buatan tempatan untuk menyertai Pasaran Kandungan Kreatif (TiFFCOM) di Tokyo, Jepun dari 30 Oktober hingga 1 November depan.

Presiden KKFVA Chester Pang, yang akan mengetuai delegasi itu, berkata TiFFCOM menjadi pilihan kerana ia merupakan pasaran kandungan utama di Asia yang bergabung dengan Festival Filem Antarabangsa Tokyo (TIFF) – festival filem kedua terbesar di rantau itu.

Chester berkata TIFF juga satu-satunya festival filem antarabangsa di Jepun yang diakreditasi oleh Persekutuan Persatuan Penerbit Filem Antarabangsa (FIAPF) dan juga salah satu yang paling berdaya saing di Asia.

“Menerusi TiFFCOM, kami akan mempromosi filem Sabah di peringkat antarabangsa selain menjadi landasan untuk membantu penerbit filem kita menjalin hubungan kerjasama dan rundingan urus niaga dengan syarikat produksi luar negara.

SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more “Dengan pendedahan ini, kami berharap dapat menarik perhatian antarabangsa terhadap produk kita yang menumpukan kepada penceritaan kehidupan di Borneo dan secara tidak langsung mempromosikan keindahan Sabah sebagai destinasi penggambaran,” katanya dalam kenyataan, Rabu.

Menurut Chester, setakat ini ramai pembikin filem tempatan menyatakan minat untuk menyertai program ini.

“Kami sudah pun mengadakan mesyuarat bersama penerbit dan pengarah filem seperti Mark Abas (Avakas & Silent 177), Katak Chua (Craze Below The Wind), Flora Juanis (Tribesman), Yuri Mejal (KK Knockout), John Samud (Namatai), Timothy Stephen (Sinakagon), Ryot Ujin (Maria), dan Jackson Ho (The Sight Of Borneo Kirin), Bibi Harith (The Inherent Tribe Tatana), William Chiang (Butterfly), Jade Morris, Nadira Ilana, Will Foster dan Gregory Giting.

“Kami turut mengundang produksi terbaru seperti Mantera oleh Michelle Pang, Giring oleh Lucilia Anggun, Syurga Dalam Botol oleh Ebi Kornelis, dan Once Upon A Time In Tamparuli oleh Jass Tarmin untuk menyertai pasaran filem ini dan meneroka peluang untuk pembiayaan kerjasama produksi

“Kami akan menumpukan pada filem yang mendapat dana Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan yang selebihnya akan ditapis oleh panel bagi memastikan ia mencapai standard,” katanya.

Sehingga kini, katanya, lapan filem terbitan Sabah, yang menerima sokongan daripada Dana Kandungan Digital (DKD) Finas, telah ditayangkan di pawagam seluruh negara sejak 2020.

“Bagaimanapun selepas tayangan di pawagam, penerbit tempatan mempunyai peluang yang terhad untuk memasarkan produk mereka.

“Justeru itu, kami berharap usaha ini akan membuka peluang untuk pengedaran dan jaringan (networking) yang lebih luas kepada pembikin filem Sabah,” katanya.

Selain Chester, delegasi ke Tokyo itu turut disertai Ahmad Multazham, yang bertindak sebagai wakil pemasaran filem KKFVA.

Dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS), Lembaga Pelancongan Sabah (STB) dan Pusat Ekonomi Kreatif dan Inovasi Sabah (Scenic), KKFVA “teruja untuk menonjolkan pembikin filem berbakat Sabah di peringkat antarabangsa.”

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.