
Majlis perkahwinan merupakan salah satu adat yang akan dilakukan oleh pasangan pengantin yang baru bernikah untuk meraikan hari bahagia tersebut.
Ia juga diadakan untuk memperkenalkan pasangan masing-masing kepada ahli keluarga, sahabat, jiran atau kenalan rapat.
Kebiasaannya, majlis perkahwinan bukanlah diadakan secara terbuka kepada orang ramai, sebaliknya hanya tetamu yang dijemput sahaja dibenarkan hadir memandangkan pihak pengantin pasti mempunyai kuota yang ditetapkan.
Tular video lelaki terjah kenduri kahwin yang dipercayai tak dijemput
Bagaimanapun, baru-baru ini tular di media sosial satu video yang memaparkan dua orang lelaki didakwa melakukan ‘crash wedding’ apabila hadir ke sebuah majlis perkahwinan tanpa mendapat jemputan.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun X @MALAYSIANVIRALLL, kedua-dua lelaki itu dilihat menaiki motosikal sebelum menemui majlis terbabit yang dipercayai diadakan di dewan sebuah sekolah.
Siap masuk dan makan makanan kenduri
Mereka kemudiannya masuk ke dalam dewan berkenaan dan menjamu selera makanan yang dihidangkan buat para tetamu majlis perkawinan itu.
“Misi cari makan ‘free’ (percuma), kita dah jumpa satu tempat makan free, entah siapa punya majlis engkau datang,” kata lelaki itu.
Ciapan berserta video yang dimuat naik itu kemudiannya mendapat perhatian ramai sekali gus meraih pelbagai reaksi.
Pakwe sapa yang bodoh ni.. pic.twitter.com/9xfKFwhB0l
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) April 28, 2024
Ramai kecam, siap jelaskan hukumnya adalah haram
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam perbuatan lelaki-lelaki berkenaan yang menerjah majlis kenduri kahwin tersebut.
Kebanyakan netizen juga menjelaskan sekiranya perkara tersebut benar, maka hukum memakan makanan itu adalah haram.
Bahkan pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus atau lebih mesra disapa UAI pernah menjelaskan perkara sama tentang hukum makan di majlis yang tidak dijemput dan tanpa keredaan tuan rumah.
Makan kenduri tidak dijemput hukumnya haram#ustazazharidrus #foryoupage#fyptiktok#fypシ #fypシ゚viral
Pun begitu, tidak dapat dipastikan sama ada mereka sememangnya hadir ke majlis tersebut tanpa dijemput atau ia hanya sekadar konten semata-mata.
Bahkan tidak diketahui juga sama ada mereka telah meminta izin kepada pihak ahli keluarga pengantin terlebih dahulu sebelum masuk dan makan atau sebaliknya.
Kami juga tidak dapat mengesan pemilik asal video berkenaan, sekiranya berjaya kami akan mengemas kini artikel ini.
Berikut komen yang diberikan oleh netizen:
free tapi haram buat apa. 🙄
— 𝕭𝖆𝖓𝖎 | (@rabbaniahmad_) April 28, 2024
Berdasarkan Hadis🔻Yang Diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar RA:"Sesiapa yang dijemput tapi tidak memenuhi jemputannya, dia telah ingkar kepada ALLAH dan Rasul-NYA; dan siapa yang pergi ke suatu majlis tanpa jemputan, dia hadir sebagai seorang pencuri." (Sunan Abi Dawud)
— 𝕏🔻 (@NeG0Ri9) April 28, 2024
Aku xthu la kau mnta izin ke x. Wktu kenduri akak aku, ada org tak knl dtg. Mcm org keje kontrak. Pkai boot safety. Indon. Diorng ckp baik2 ngn aku nak makan tapi diorng bkn jemputan. Aku bg je. Klau ye nk terjah kenduri org, at least ckp dgn tuan rumah. Jgn terjah tanpa izin.
— Keyoi (@keyois7) April 28, 2024
Kalau mintak proper kat tuan rumah boleh je. Dtg ckp pakcik, saya x dijemput tp boleh tak nk makan ? Saya lapar. Tu pun kalau tak malu la😂
— TopeX (@Topektorres9) April 28, 2024

![“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/music.jpeg)
