“Misi cari pakaian murah & cantik..” – Nad Zainal ikut kemampuan, beli baju raya bawah RM100

LocalWomen's Fashion
8 Jan 2026 • 11:06 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Nad Zainal memilih untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini secara bersederhana tanpa melakukan perbelanjaan yang berlebihan.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin di laman TikToknya, dia berkata langkah itu diambil untuk memastikan wang simpanan mencukupi bagi keperluan pendidikan anak-anaknya yang masih bersekolah.

@nad.zainal

ikut kemampuan ok?

♬ original sound - Nad Zainal - Nad Zainal
“Baju raya saya tahun ini memang semua bawah RM100 dan kalau boleh bawah RM80
“Tahun ini misi mencari pakaian raya yang murah dan cantik sebab sekarang banyak baju raya yang harganya atas RM200, RM300 dan ada juga lebih RM500,” katanya.

Nad Zainal ikut kemampuan

image is not available

Artikel lain: “Gelang sama”- Netizen dakwa Ameera Khan kini bercinta dengan kerabat diraja Pahang?

Netizen setuju dengan Nad

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan Nad Zainal dan berpandangan orang ramai perlu berbelanja keperluan Aidilfitri mengikut kemampuan masing-masing tanpa dipengaruhi gaya hidup individu lain.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Baju raya murah pun cantik juga!

Malah, netizen turut memberitahu baju raya yang cantik tidak semestinya datang dengan harga yang mahal kerana apa yang lebih penting ialah kesesuaian, keselesaan dan cara ia digayakan, bukannya jenama atau tanda harga semata-mata.

image is not availableimage is not availableimage is not available

Sumber: TikTok @Nad.Zainal

View Original Article