Misi Freedom Flotilla Coalition: Dijangka Sampai Esok Jika Tiada Aral Melintang – Dr Mohd Afandi

WorldPolitics
3 Oct 2025 • 10:49 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Konvoi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition yang membawa aktivis dan sukarelawan dari pelbagai negara dijangka tiba di Gaza seawal esok sekiranya tiada sebarang halangan.

Peserta Freedom Flotilla Coalition, Profesor Dr. Mohd. Afandi Salleh berkata, pada masa ini kesemua mereka sedang belayar di Laut Mediterranean.

“Seramai lapan peserta dari Malaysia dan insya-Allah ikut laporan dan maklumat daripada kapten, kami melajukan pelayaran.
“Dijangka kalau tak ada aral melintang, esok akan sampai ke Gaza,”katanya menerusi sebuah hantaran video di Facebook, hari ini.

image is not available

Misi Freedom Flotilla Coalition: Dijangka Sampai Esok

Beliau menambah bahawa pelayaran dipercepatkan susulan insiden Global Sumud Flotilla yang ditangkap dan ditawan.

“Sepatutnya tiga hari lagi, tetapi apabila berlaku insiden terhadap Global Sumud Flotilla yang ditangkap dan ditawan, kami meneruskan pelayaran dengan tambah kelajuan sedikit untuk tamatkan tekanan momentum ke atas Israel,”ujarnya.

Beberapa bot lebih kecil turut digunakan dalam pelayaran misi Freedom Flotilla Coalition bagi memastikan bantuan kemanusiaan sampai ke Gaza.

“Hari ini Jumaat, ikut kelajuan sampai esok (Gaza). Kalau ada koordinasi perlu dilakukan, kami akan sampai lusa di Gaza. Doakan kami,”pintanya.

image is not available

Sekadar info, Mohd. Afandi pernah menyertai misi flotila ke Gaza pada 2018 sebagai aktivis tunggal mewakili Malaysia dalam misi Right to A Just Future for Palestine.

image is not available

Media antarabangsa melaporkan, 11 kapal lain sedang belayar menuju Semenanjung Gaza termasuk dua bot yang mengibarkan bendera Itali dan Perancis. Kedua-dua kumpulan ini dijangka bergabung membentuk konvoi 11 kapal ke Gaza.