Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

20 Apr 2024 • 8:37 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Jurucakap Freedom Flotilla Coalition (FFC), Ann Wright. gambar BERNAMA

ISTANBUL - Misi Break the Seige of Gaza Freedom Flotilla akan tetap diteruskan walaupun tercetus konflik terbaharu antara Israel dengan Iran, kata jurucakap Freedom Flotilla Coalition (FFC), Ann Wright.

Bagaimanapun, beliau berkata, tarikh akhir pelayaran tiga kapal yang terlibat dalam misi itu yang sebelum ini dijadualkan pada 21 April 2024 (Ahad ini) mungkin boleh berubah berdasarkan situasi dan keadaan semasa.

"(Pada masa ini) Kesemua kapal akan terus belayar mengikut perancangan asal (21 April) walaupun ini merupakan saat yang genting buat rantau ini," katanya pada sidang media Freedom Flotilla Sails Again di sini, semalam.

Bagaimanapun, beliau berkata, ini juga adalah waktu yang genting bagi penduduk Gaza yang terus menerus berdepan kekejaman rejim Israel.

"Untuk itu misi ini akan tetap diteruskan, namun segala penilaian risiko akan dilakukan semula bagi menentukan tarikh yang sesuai bagi memulakan pelayaran," katanya lagi.

Beliau berkata, beberapa penilaian lain juga akan dilakukan termasuk bahagian teknikal kapal sebelum satu tarikh pelayaran baharu diumumkan kelak.

Terdahulu media melaporkan kapal yang akan terlibat dalam misi itu melibatkan satu kapal kargo 5,000 tan dan dua kapal penumpang yang boleh memuatkan lebih 1,000 orang.

Kapal-kapal itu akan membawa bantuan kemanusiaan yang mendesak seperti bantuan perubatan, pek makanan, pakaian, khemah perlindungan dan beberapa buah kenderaan termasuk lapan buah ambulans. - BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved