Misi hasilkan roket sendiri dalam 2 tahun, kerjasama Weststar-RTI buka akses ke rantaian pembekalan global

LocalTechnology
1 Jul 2026 • 5:50 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Malaysia dijangka memulakan pengeluaran roket dalam tempoh dua tahun sebelum diperluaskan kepada pengeluaran misil pada masa hadapan, menerusi kerjasama strategik industri pertahanan negara.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerjasama antara Weststar Defence Industries Sdn. Bhd. dan Rocket Technologies International Pty Ltd (RTI) akan membuka ruang kepada pemindahan teknologi penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembangunan modal insan serta kerjasama dengan institusi pendidikan tinggi.

Image from: Misi hasilkan roket sendiri dalam 2 tahun, kerjasama Weststar-RTI buka akses ke rantaian pembekalan global

“Kerajaan menyokong sepenuhnya kerjasama strategik antara Weststar Defence Industries Sdn. Bhd. dan Rocket Technologies International Pty Ltd (RTI) sebagai usaha membangunkan keupayaan tempatan dalam pengeluaran roket dan misil.
“Pelaburan yang dilaksanakan oleh Weststar turut membolehkan Malaysia menyertai rantaian pembekalan global RTI, sekali gus membuka peluang kepada industri tempatan untuk berkembang dalam ekosistem pertahanan antarabangsa.
“Usaha ini selaras dengan aspirasi Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN)
untuk memperkukuh keupayaan industri pertahanan tempatan serta menyumbang kepada pembinaan keupayaan pertahanan negara yang berdaulat (sovereign defence capability),” katanya menerusi satu kenyataan pada Rabu.

Image from: Misi hasilkan roket sendiri dalam 2 tahun, kerjasama Weststar-RTI buka akses ke rantaian pembekalan global

Menurut beliau, kerjasama strategik ini merupakan perkembangan penting dalam usaha memperkukuh keupayaan industri pertahanan negara, khususnya dalam bidang teknologi roket dan misil.

Pada Rabu, Mohamed Khaled yang sedang dalam lawatan kerja rasmi selama tiga hari ke Australia telah menyaksikan Majlis Pemeteraian Kerjasama Strategik antara Weststar Defence Industries Sdn Bhd dan Rocket Technologies International Pty Ltd (RTI), yang berlangsung di negara berkenaan.

Image from: Misi hasilkan roket sendiri dalam 2 tahun, kerjasama Weststar-RTI buka akses ke rantaian pembekalan global

Perjanjian kerjasama tersebut dimeterai antara Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan Weststar Group, Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim, dan Pengasas RTI, Allan James Payne.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved