Misi Kemanusiaan: “Kecil Tubuh, Besar Jiwa” – Ustaz Mad Sanggup Diikat Atas Bot Demi Keselamatan

1 Oct 2025 • 11:45 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Sukarelawan Malaysia dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), Ustaz Muhammad Abdullah atau lebih mesra dikenali sebagai Ustaz Mad, digambarkan sebagai seorang tokoh berjiwa besar walaupun bertubuh kecil.

Ustaz Mad sanggup diikat

image is not available

Foto: FB Iylia Balqis Suhaimi

Menurut rakan sukarelawan, Iylia Balqis Suhaimi, kecekalan dan semangat tinggi lelaki tersebut terserlah sejak beliau menyertai misi bersama Cinta Salam Malaysia di Syria pada Ramadan 2022.

“Alhamdulillah, walaupun ketika itu kami berdepan pelbagai cabaran untuk menyeberangi sempadan Syria, Ustaz Mad tidak pernah mengeluh. Malah, beliau sentiasa mengingatkan kami untuk berzikir dan berselawat agar segala urusan dipermudahkan Allah,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Selasa.

image is not available

Foto: FB Iylia Balqis Suhaimi

Iylia berkata, pengalaman itu menjadi bukti bahawa meskipun berpenampilan sederhana, Ustaz Mad mempunyai keberanian dan jiwa besar dalam memperjuangkan isu kemanusiaan.

Dalam misi terbaru, Ustaz Mad yang mewakili Iman Care sanggup menyertai pelayaran GSF walaupun terpaksa diikat demi keselamatan ketika berada di atas bot.

“Setiap hari, beliau tidak pernah lupa mengingatkan semua anggota delegasi supaya membaca Hizb Bahr sebagai doa perlindungan sepanjang pelayaran,” jelas Iylia.

image is not available

Foto: FB Ustaz Muhammad Bin Abdullah – UMA

Ustaz Mad kini berada bersama ratusan aktivis kemanusiaan antarabangsa yang menyertai misi tersebut yang bertujuan membawa mesej solidariti global serta bantuan kepada rakyat Palestin.

Pada masa sama, Iylia dalam perkongsiannya turut mengajak rakyat Malaysia untuk mendoakan agar pelayaran itu dipermudahkan dan selamat sehingga ke destinasi.

image is not available

Foto: FB Iylia Balqis Suhaimi

Difahamkan, Flotilla kini dijangka melepasi Zon Merah lewat petang ini.

Sumber: Facebook Iylia Balqis Suhaimi