Misi serampang dua mata Skuad Sukarelawan Pemuda UMNO

LocalPolitics
10 Dec 2024 • 2:04 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Dr Muhamad Akmal (kiri) turut bermandi peluh bergotong-royong membersihkan Tabika Kemas Harmoni di Kampung Serongga, Pasir Mas pada Selasa.

image is not available
Dr Muhamad Akmal (tiga,kiri) bertanyakan khabar pada guru tabika semasa turun padang bergotong-royong membersihkan Tabika Kemas Harmoni di Kampung Serongga, Pasir Mas pada Selasa.

image is not available
Mohd Azmawi Fikri (kanan) turut sama membersihkan Tabika Kemas Harmoni di Kampung Serongga, Pasir Mas pada Selasa.

image is not available
Skuad Sukarelawan Pemuda UMNO yang dikerah ke kawasan terkesan banjir bukan sekadar untuk membantu kerja-kerja pembersihan tetapi turut mengumpul maklumat.

PASIR MAS - Skuad Sukarelawan Pemuda UMNO yang dikerah ke kawasan terkesan banjir bukan sekadar untuk membantu kerja-kerja pembersihan tetapi turut mengumpul maklumat.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, kehadiran mereka sebagai serampang dua mata kepada kerajaan dalam membantu rakyat.

**media[2922902]**

"Sebagai contoh Tabika Kemas Harmoni di sini yang sudah uzur, kami bukan sekadar bersihkan tetapi akan memaklumkan kepada pihak berkenaan tentang keadaan terkini di sini.

"Melihat kepada tabika ini, ia seperti sudah tidak selamat untuk diduduki oleh 20 murid. Hanya tabika ini paling dekat," katanya semasa sidang akhbar pada Selasa.

**media[2922901]**

Sebelum itu beliau turun padang bergotong-royong membersihkan Tabika Kemas Harmoni di Kampung Serongga yang turut dihadiri oleh Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani.

Menurut beliau, untuk bantuan awal pihaknya memberikan sumbangan RM5,000 kepada tabika terbabit kerana banyak peralatan pembelajaran rosak akibat dilanda banjir.

**media[2922903]**

"Seramai 150 sukarelawan digerakkan untuk membersihkan tabika ini.

"Kita bantu tidak kira kawasan menang atau kalah. Kita bantu setakat mampu," katanya.