
GEORGETOWN - Bacaan Surah Al-Insan bergema di Surau Ibnu Yaakob Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang bersempena Program World #QuranHour 2023 di sini pada Khamis.
Program World #QuranHour 2023 dijalankan secara serentak di seluruh negara dengan konsep membaca al-Quran, mendalami maksud, bertadabbur dan mengamalkannya.
World #Quran Hour tahun 2023 peringkat IPK Pulau Pinang diimarahkan dengan kehadiran Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain.
Misi surah Al-Insan dibaca dan diperdengarkan sebagai sokongan meningkatkan usaha mendekatkan al-Quran dalam kalangan umat Islam.
Bacaan surah Al-Insan yang dipimpin oleh Ustaz Mohamad I'zuddin Ahmad dan Ustaz Amir Anuar Mohamad dari Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA), Jabatan Integriti dan Pematuhuan Standard (JIPS) IPK Pulau Pinang.
Surah berkenaan dipilih bagi Program World #Quran Hour kali ini mensasarkan objektif meraikan dan menyemarakkan semangat cintakan al-Quran, meningkatkan dan melestarikan semangat berpasukan dalam membentuk jati diri insan al-Abrar serta mengeratkan ikatan silaturahim di kalangan warga kerja PDRM Pulau Pinang.
Program ini diteruskan dengan Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Kontinjen Pulau Pinang bersama 62 orang peserta yang terdiri daripada pegawai kanan polis, pegawai pangkat rendah polis dan kakitangan awam PDRM Pulau Pinang.
Hadir sama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra'ais
