Bau busuk yang menyelubungi kawasan perumahan sejak empat hari lalu akhirnya membawa kepada penemuan mayat seorang wanita warga emas di sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan Pandan Indah, di sini, pada Jumaat. Mangsa berusia 76 tahun ditemui dalam keadaan terbaring dan ditutupi rapi di dalam rumah berkenaan sekitar jam 6.26 petang. Seorang jiran, yang hanya mahu dikenali sebagai Along, 34, berkata bau busuk itu mula dihidu sebaik dia pulang ke ibu kota selepas menyambut Hari Raya Aidiladha di kampung. Menurut Along, rumah beliau dan bapanya terletak bersebelahan dengan rumah mangsa. Tambahnya, dia bersama ayah dan jiran-jiran lain mengambil keputusan memeriksa kawasan sekitar rumah mangsa dan mendapati pintu pagar tidak berkunci. Along memaklumkan, warga emas tersebut tinggal bersama anak bongsu lelakinya dan kebiasaannya akan meminta makanan daripada jiran sekiranya lapar sementara menunggu anaknya pulang. Artikel lain: Polis Sahkan Mayat Di Bangsar Milik Jordan Michael, Lelaki UK Dilapor Hilang Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat wanita warga emas berkenaan pada jam 6.30 petang. Beliau berkata, proses bedah siasat akan dijalankan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada jam 5 petang, Sabtu, bagi menentukan punca kematian. Sumber: Sinar Harian (Mohamad Hisyamuddin Ayub)
“Bukan saya sahaja yang menghidu bau itu, malah jiran lain juga ada memaklumkan perkara sama.
“Mereka juga beritahu bahawa anak mangsa tidak kelihatan pulang ke rumah, namun pada awalnya kami menyangka anaknya akan balik kemudian.
“Namun, selepas tiga hari bau menjadi semakin kuat,” katanya ketika ditemui pada Sabtu.


Misteri Bau Busuk Empat Hari Terungkai
“Kami cuba mencari punca bau, sangka mungkin bangkai tikus, tetapi tidak jumpa. Kami kemudian buka pintu rumah – yang juga tidak berkunci – dan ternampak wanita warga emas itu sudah terbaring serta ditutupi rapi,” jelasnya.

“Selepas menemui mayatnya, saya segera menghubungi pihak polis untuk memaklumkan kejadian,” katanya.

The post Misteri Bau Busuk Empat Hari Terungkai, Mayat Jiran Ditemui Terbaring Dalam Rumah appeared first on Borak Daily.



