Misteri bilik mayat sampai kisah taubat, 4 karya baharu TV AlHijrah bakal temui penonton

Entertainment
12 Sep 2026 • 6:24 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

TV AlHijrah tampil dengan empat karya baharu menerusi dua telefilem dan dua drama bersiri yang mengangkat kisah keadilan, misteri, dakwah, taubat dan kemanusiaan.

Empat karya akan ditayangkan

Empat karya tersebut ialah Bersuara Tapi Tak Didengar, Mistik Bilik Mayat, Ghost Buskers dan Azan Terakhir Seorang Banduan, yang akan ditayangkan menerusi aplikasi AlHijrah Plus (AH+) sebelum disiarkan di saluran TV AlHijrah seminggu kemudian.

Pengurus Kanan Jabatan Kandungan TV AlHijrah, Zulkarnaen Mokhtar berkata, karya berkenaan dipilih berdasarkan kekuatan cerita serta isu yang dekat dengan kehidupan masyarakat.

“Bagi TV AlHijrah, drama bukan sekadar ruang untuk bercerita atau menghiburkan. Ia juga ruang untuk kita membawa penonton melihat semula realiti di sekeliling mereka. Persoalan tentang prasangka, keadilan, kepercayaan, taubat dan peluang kedua. Kita mahu nilai Islam hadir secara semula jadi melalui cerita dan perjalanan watak, bukan sekadar melalui mesej yang disebut secara langsung,” katanya.
Image from: Misteri bilik mayat sampai kisah taubat, 4 karya baharu TV AlHijrah bakal temui penonton

Foto:Zulkarnaen Mokhtar, Pengurus Kanan Jabatan Kandungan TV AlHijrah

Bersuara Tapi Tak Didengar mengisahkan Zaini, peguam muda dengan sindrom Tourette yang berdepan diskriminasi dalam dunia profesional. Telefilem arahan Heykal Hanifah itu dibintangi Nafiz Muaz, Rusdi Ramli dan Dato’ Hilal Azman.

Image from: Misteri bilik mayat sampai kisah taubat, 4 karya baharu TV AlHijrah bakal temui penonton

Hiburan mesti ada nilai

Mistik Bilik Mayat pula meneroka tema kematian, pengurusan jenazah serta kepercayaan mistik menerusi perspektif Islam, manakala Ghost Buskers menggabungkan nasyid, dakwah, ruqyah dan penyiasatan paranormal.

Sementara itu, Azan Terakhir Seorang Banduan mengangkat kisah Zack, bekas banduan yang mahu memulakan kehidupan baharu selepas berdepan stigma masyarakat.

Zulkarnaen menyatakan kepelbagaian genre membolehkan mesej dakwah disampaikan dengan pendekatan lebih dekat kepada penonton.

“Bagi kami, hiburan mesti ada nilai, tetapi nilai itu juga perlu sampai kepada penonton melalui cerita yang mereka mahu tonton,” katanya.

Image from: Misteri bilik mayat sampai kisah taubat, 4 karya baharu TV AlHijrah bakal temui penonton

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved