"Alhamdulillah semua sudah selesai. Apa yang ditunggu-tunggu sudah berakhir," kata Abd Halid Sugiman, 44. Abd Halid bersyukur selepas menerima keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang mengesahkan rangka manusia ditemui di kebun durian berdekatan Kompleks Panghulu Mukim Linau, akhir bulan lalu, sah merupakan anaknya, Hafiz Fauzan, 17.


