Misteri Pembunuhan Remaja 15 Tahun, Perselisihan Faham Dan Dadah Mungkin Jadi Punca

LocalPolitics
4 Jan 2025 • 4:35 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Siasatan mengenai pembunuhan tragis seorang remaja perempuan berusia 15 tahun, Yap Xin Yuan, masih diteruskan pihak polis.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, memaklumkan bahawa perselisihan faham dan pengambilan dadah berlebihan dipercayai menjadi antara motif kejadian ini.

Masih menanti hasil ujian makmal untuk sahkan…

image is not available

Namun, laporan toksikologi mangsa masih dinantikan untuk mengukuhkan motif tersebut.

Menurut Hussein, ketiga-tiga suspek yang terlibat, termasuk teman lelaki mangsa berusia 16, 20, dan 51 tahun, didapati negatif daripada penggunaan dadah melalui ujian air kencing.

Selagi keputusan toksikologi dan bedah siasat belum diperoleh, kita tidak boleh mengesahkan sama ada terdapat pengambilan dadah atau berlakunya overdose.- Katanya.

Penemuan mayat reput di Sungai Changgang

Mayat mangsa yang telah reput ditemui di Kampung Rancangan Tanah Belia (RTB) Sungai Changgang, sebelum disahkan milik Xin Yuan melalui ujian makmal.

Bagaimanapun, keadaan mayat yang sudah reput menyukarkan pihak patologi untuk menentukan kecederaan fizikal lain yang mungkin ada.

Polis percaya bahawa teman lelaki mangsa terlibat dalam pembuangan mayat tersebut tetapi siasatan masih dijalankan untuk mengetahui sama ada terdapat individu lain yang membantu dalam kejadian ini.

Hussein juga menekankan bahawa motif penuh masih belum dapat disimpulkan sehingga semua keputusan makmal diterima.

#OhmediaNasihat

Kes tragis seperti ini mengingatkan kita betapa pentingnya menjaga hubungan yang sihat dan mengenal pasti tanda-tanda bahaya dalam kalangan rakan atau pasangan.

Sentiasa pantau pergerakan anak remaja anda dan didik mereka untuk menjauhi gejala sosial seperti penyalahgunaan dadah.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: –