MELAKA - Barisan pimpinan UMNO mula berkumpul bagi menghadiri Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang berlangsung di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) pada malam Jumaat.
Antara yang dilihat hadir ialah Naib Presiden, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Pengerusi UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Sementara itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, tiba sekitar jam 8.40 malam sebelum mempengerusikan mesyuarat berkenaan.
Mesyuarat itu antara lain membincangkan perancangan dan persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka serta Pilihan Raya Umum (PRU).
Terdahulu, pada sebelah petang, Ahmad Zahid turut mengadakan pertemuan tertutup sempena Majlis Perasmian Serentak Persidangan Cawangan-Cawangan UMNO Seluruh Negeri Melaka 2026.





