MITI Bekerjasama Dengan Selangor Dan Johor – Pastikan Setiap Daerah Mempunyai Pengecas DC Untuk Kenderaan Elektrik

TechnologyDigitalCars
29 Nov 2024 • 10:29 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

MITI kini berkongsi mengatakan menjalin kerjasama dengan kerajaan negeri Selangor dan Johor, dan memastikan setiap daerah mempunyai kemudahan untuk pengecasan DC bagi kenderaan elektrik. Langkah ini juga dijangka selari dengan sasaran kerajaan untuk mencapai 10,000 stesen pengecasan EV menjelang 2025 kelak.

Buat masa ini, terdapat sekitar 500 pengecas DC di Malaysia, dan ia disasarkan untuk angka berkenaan mencapai sehingga 1500 menjelang 2025 kelak.

Pada masa yang sama, ia turut dikongsikan, setakat 30 September 2024, terdapat sebanyak 33,319 kenderaan elektriktrifikasi, dan terdapat sekitar 3,354 petak pengecas yang telah dipasang sehingga 31 Oktober 2024.