MITI bentang analisis baru impak tarif AS di mesyuarat NGCC esok

Business & Finance
13 Apr 2025 • 9:59 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tengku Zafrul.

ANALISIS baharu mengenai impak susulan perubahan terkini tarif Amerika Syarikat (AS) terhadap ekonomi negara akan dibentangkan pada mesyuarat Pusat Tindakan Geoekonomi Negara (NGCC) esok, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata, mesyuarat tersebut akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Setiap hari ada perkembangan baharu. Terkini, (Presiden Donald) Trump beri pengecualian tarif untuk telefon pintar dan komputer.

"Perubahan macam ni memaksa kita buat analisis baru dengan segera untuk tahu impaknya pada ekonomi negara. Analisis tepat, strategi pun tepat," katanya menerusi hantaran di laman X hari ini.

Pada 7 April, Tengku Zafrul berkata, NGCC diaktifkan bagi tujuan menangani kesan tarif AS. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved