MITI: JAC Motors Bakal Melabur Di M'sia Untuk Fasiliti CKD

LocalBusiness & Finance
27 Sep 2024 • 10:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mendedahkan bahawa pengeluar kenderaan komersial dari China, JAC Motors bakal melabur di Malaysia.

Perkara itu disahkan sendiri Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz melalui Facebook semalam.

“Hari ini, JAC Motors, peneraju global dalam pembuatan kenderaan komersial, telah membincangkan rancangan pelaburan meraka di Malaysia.

image is not available

“Pelaburan ini bukan sahaja akan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi, tetapi juga memperkukuh keupayaan tempatan dalam pengeluaran trak pikap dan kenderaan komersial elektrik serta hibrid,” katanya.

Mengulas lanjut, ujarnya, dengan rancangan JAC Motors untuk menjadikan Malaysia hab bagi pengeluaran dan eksport kenderaan komersial ke ASEAN, Malaysia kini berada di barisan hadapan.

"Ini membolehkan Malaysia memacu teknologi hijau dan meningkatkan daya saing dalam industri automotif.

“Pelaburan ini juga akan menyumbang kepada pembangunan rantaian bekalan automotif tempatan dan mengukuhkan industri komersial negara,” katanya.

View Original Article